Objektif penubuhan badan ini adalah untuk membimbing para pelajar menggunakan kreativiti serta kebolehan mereka menghasilkan bahan media (cetak serta elektronik) dengan bimbingan guru.
Ia juga diharap dapat menyediakan tenaga kerja yang mahir serta kreatif untuk pasaran kerja apabila mereka tamat persekolahan kelak.
Para ahli Briged Bestari dipilih berdasarkan kemahiran sedia ada dan kesungguhan mereka dalam memberi komitmen terhadap tugasan yang diberikan.
Pelbagai aspek latihan diberikan sepanjang tahun agar para ahli Briged Bestari dapat memperoleh ilmu yang berguna. Latihan diberikan samada oleh para guru SMK Lunas sendiri ataupun jurulatih luar yang dijemput khas.
Ahli Briged Bestari turut berperanan sebagai wartawan di mana mereka bertanggungjawab menyampaikan berita atau aktiviti yang berlaku di sekolah dalam bentuk buletin bulanan. Mereka dilatih untuk mengambil gambar secara profesional dan menghasilkan buletin menggunakan perisian komputer.
Selain itu, ahli Briged Bestari juga diberi tanggungjawab menyelenggara laman sesawang rasmi sekolah.
Puan Nor Suhana bersama 'admin' laman sesawang iaitu Amir dan Haziq
Encik Peterus mengajar ahli Briged Bestari pengetahuan asas Microsoft Publisher
Para peserta Kursus Microsoft Publisher
Para peserta Kursus Microsoft Publisher