09600 Lunas, Kedah Darul Aman.
Email: kea5069@1bestarinet.yes.my smklunas.kbb@gmail.com
Tel: 04-4844567 Fax: 04-4848773
Feb 24, 2016
Feb 17, 2016
Feb 12, 2016
Briged Bestari - A New Revolution
Ia merupakan sebuah idea dan inisiatif dua orang guru iaitu Cik Yeoh Lay Gnoh dan Puan Nor Suhana dari SMK Lunas untuk mewujudkan sebuah pasukan yang terdiri daripada para pelajar SMK Lunas.
Objektif penubuhan badan ini adalah untuk membimbing para pelajar menggunakan kreativiti serta kebolehan mereka menghasilkan bahan media (cetak serta elektronik) dengan bimbingan guru.
Ia juga diharap dapat menyediakan tenaga kerja yang mahir serta kreatif untuk pasaran kerja apabila mereka tamat persekolahan kelak.
Para ahli Briged Bestari dipilih berdasarkan kemahiran sedia ada dan kesungguhan mereka dalam memberi komitmen terhadap tugasan yang diberikan.
Pelbagai aspek latihan diberikan sepanjang tahun agar para ahli Briged Bestari dapat memperoleh ilmu yang berguna. Latihan diberikan samada oleh para guru SMK Lunas sendiri ataupun jurulatih luar yang dijemput khas.
Ahli Briged Bestari turut berperanan sebagai wartawan di mana mereka bertanggungjawab menyampaikan berita atau aktiviti yang berlaku di sekolah dalam bentuk buletin bulanan. Mereka dilatih untuk mengambil gambar secara profesional dan menghasilkan buletin menggunakan perisian komputer.
Selain itu, ahli Briged Bestari juga diberi tanggungjawab menyelenggara laman sesawang rasmi sekolah.

Puan Nor Suhana bersama 'admin' laman sesawang iaitu Amir dan Haziq
Encik Peterus mengajar ahli Briged Bestari pengetahuan asas Microsoft Publisher
Para peserta Kursus Microsoft Publisher
Para peserta Kursus Microsoft Publisher
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
INFORMASI PPKI
“Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBK) yang hanya dihadiri oleh MBK di kelas khas di sekolah Kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan”
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
SEJARAH
- Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menegah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.
- Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.
- Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
TUJUAN PROGRAM
- Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
- Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
- Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
- Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
- MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
PERANAN BPKHAS
- Bahagian Pendidikan Khas berperanan merancang, mengurus dan mengawal selia pembangunan pendidikan bagi MBK di peringkat Kementerian.
PERANAN JPN
- Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berperanan merancang dan mengurus PPKI, serta mengawal selia pelaksanaan pembangunan pendidikan bagi MBK di PPKI peringkat negeri.
DIREKTORI
Berikut merupakan direktori pegawai terlibat :
MUAT TURUN
- BUKU PANDUAN PENGOPERASIAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
- SURAT SIARAN KPM BIL. 6 TAHUN 2015 - BUKU PANDUAN PENGOPERASIAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
- INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI PPKI
- SENARAI SEMAK MAKLUMAT PPKI
- MAKLUMAT PENCAPAIAN PENTAKSIRAN AKADEMIK MBK-PPKI 2015
***sumber petikan dari http://www.moe.gov.my/v/program-pendidikan-khas-integrasi-informasi-program
Feb 11, 2016
Program Smart Solat
Hari Ahad - Pelajar muslim tingkatan 5
Hari Isnin - Pelajar muslim tingkatan 3
Hari Selasa - Pelajar muslim tingkatan 3
Hari Rabu - Pelajar muslim tingkatan 4
Hari Khamis - Pelajar muslim tingkatan 5
Anugerah Guru Muda 1Malaysia : Penggunaan VLE Frog Sebagai Platform Pembelajaran PdP
Cikgu Afif (lima dari kiri) bersama pemenang - pemenang Anugerah Guru Muda dari seluruh Malaysia
Pemenang dinilai berdasarkan kekerapan penggunaan VLE Frog sebagai platform pembelajaran di dalam kelas. Cikgu Afif telah memenangi tempat ke-3 dalam kategori sekolah menengah.
Subscribe to:
Posts (Atom)