Visi dan Misi


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKENALKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BERTUJUAN MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA"

FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS

Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas mendokong Falsafah bahawa kecemerlangan akan dipupuk melalui kerjasama, perancangan bersama dan komitmen semua pihak.Selain itu, SMKL  sentiasa mengamalkan prinsip hormat menghormati sesama individu dan mewujudkan perhubungan dua hala secara terbuka.Usaha dan komitmen ini dilaksanakan secara dedikasi demi untuk kecemerlangan pelajarnya. 
Falsafah akhir SMKL ialah usaha berterusan ke arah melahirkan diri pelajar yang seimbangdari aspek emosi,
rohani, jasmani dan intelek iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN 

Melahirkan bangsa yang taat setia dan bersatupadu. 
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara. 
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganaegara.